[close]

Jumaat, 21 September 2012

SIRI LATIHAN KAWAT KECEMASAN KE-3


Pada 20hb. September 2012 Jawatankuasa Keselamatan Sekolah Kebangsaan Jawi dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dengan jayanya telah mengadakan satu siri latihan kawat kecemasan. Pada tahun ini, jawatankuasa keselamatan sekolah telah merancang mengadakan 3 siri latihan kebakaran dan pada siri terakhir ini melibatkan kerjasama SK Jawi dan Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.

Sesi latihan dimulakan pada jam 9:00 pagi yang melibatkan pergerakan semua warga SK Jawi ke tapak perhimpunan kecemasan (Padang Sekolah) melalui jalan (laluan API) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa. Aktiviti tersebut berjalan lancar dengan kerjasama semua warga SK Jawi. Tempoh masa yang diambil untuk berkumpul di padang adalah kurang dari 4 minit adalah sama dengan tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Beberapa orang guru dan murid telah diberi peluang melakukan demontrasi memadam api. Seorang daripada Pegawai Bomba tersebut telah memberi taklimat keselamatan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di rumah.

Selepas aktiviti tersebut satu ceramah keselamatan diri telah diadakan dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling SK Jawi. Banyak tip bagi menangani keadaan kecemasan dan kebakaran. Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal tersebut yang telah sama - sama menjayakan sesi latihan kawat kecemasan dan ceramah keselamatan diri.

1 comments:

aida aqilah berkata...

sekolah kita buat latahan kan

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates