Sambutan Hari Kemerdekaan akan disambut pada setiap tahun. Pada tahun ini Hari kemerdekaan akan disambut seperti biasa dalam keadaan yang lebih sederhana memandangkan peruntukan yang terhad. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah " Janji Ditepati " di mana ia amat bersesuaian memandangkan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan bangsa dengan pelbagai latar budaya dapat hidup dalam suasana yang harmonis dan saling bantu-membantu dalam membangunkan Malaysia. Program RIMUP merupakan langkah yang diambil bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, mempunyai semangat patriotik dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta di samping menghayati erti Kemerdekaan yang sebenar.
Objektif program ini adalah:
1. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman tentang pelbagai adat resam dan cara hidup serta pantang larang semua kaum yang terdapat di Malaysia.
2. Mengeratkan perhubungan integrasi nasional agar dapat menjalin hubungan sosial yang baik
Untuk mendapatkan lebih banyak gambar boleh berkunjung ke http:www.facebook.com/sk jawi
3. Meningkatkan penghayatan dan pengetahuan mengenai sejaran Kemerdekaan Negara Malaysia.
3 comments:
hensemnya ustad faizal
Saya sayang sk jawi
I love skjawiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii very much
Catat Ulasan