[close]

Sabtu, 30 Jun 2012

TEMASYA SUKAN KALI KE 15

30 Jun, 2012-Temasya Sukan 2012 SK Jawi berjalan lancar dalam suasana meriah. Cuaca yang cerah membolehkan semua acara dapat dijalankan dengan lancar. Acara bermula pada jam 8.30 pagi dengan perarakan masuk kontinjen rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Biru. Kuning dan Hijau. Selepas itu lagu Negaraku dan Lagu Pulau Pinang dinyanyikan oleh semua hadirin dan murid. Bacaan doa menyusul selepas itu dan diikuti ucapan aluan oleh PK Ko mewakili guru besar. Ucapan perasmian disempurnakan oleh En. Muhamad Dziiuddin b Mat Saad selaku YDP PIBG SK Jawi merangkap Penolong Pegawai PPD Selatan. Pelbagai acara balapan dan padang telahpun berlangsung sebelum ini.
      Bacaan ikrar telah disampaikan oleh Muhammad Khairul Afifi dari rumah Merah. Selepas itu perarakan keluar kontinjen rumah sukan.Persembahan gimrama telah menarik perhatian para tetamu yang hadir.
      Acara sukan diteruskan diselangseli dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
      Diakhir temasya, rumah sukan Hijau telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan. Diikuti rumah Biru sebagai Naib Johan. Tempat ketiga rumah Kuning dan Keempat rumah Merah. Manakala Olahragawan dan olahragawati sukan 2012 di menangi oleh atlit rumah Biru.













      Temasya sukan kali ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari ibu bapa dan waris murid. Kira-kira jam 1.00 tengahari barulah semuaya berakhir.

Lebih banyak gambar: face book http://www.facebook.com/pusat sumber sk jawi

3 comments:

nurul berkata...

rumah hijau je banyak gambar hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Kenapa banyak gambar rumah hijau.jealous lah

Tanpa Nama berkata...

Eh,comallah,siapa jadi badut tu

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates