[close]

Khamis, 29 Mac 2012

PROGRAM JALINAN INTEGRASI SK JAWI & RUMAH NUR







Pada 28 Mac 2012, jam 2.30 petang bertempat di Rumah Nur, beberapa guru SK Jawi terlibat dalam Program Jalinan Integrasi SK Jawi dan Rumah NUR dengan bertemakan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Program ini diadakan untuk berkongsi pengalaman dalam menjadikan amalan kitar semula sebagai satu budaya di kalangan masyarakat.




Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-
1. Membuat sabun menggunakan minyak terpakai, air, caustic soda, pewarna dan pewangi.

2. Membuat baja kompos dari buah-buahan rosak / sisa makanan (perut ikan), rumput kering / daun kering dan juga tanah.

3. Membuat bahan pembersih menggunakan serai wangi, kulit buah, gula merah dan air suling. Ia boleh digunakan bagi menyembur lalat dan sebagainya.


Sekalung perhargaan dan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan Rumah Nur, Pihak Pentadbir SK Jawi, Jawatankuasa Anugerah Sekolah Hijau dan semua yang terlibat secara langsung bagi menjayakan Program Jalinan Integrasi ini.




















0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates