[close]

Ahad, 4 Mac 2012

PERTANDINGAN BOLASEPAK MSSPP ZON NIBONG TEBAL 12TKB 2012





20 hb Februari yang lalu telah diadakan Pertandingan Bolasepak MSSPP Zon Nibong Tebal 12TKB. Sekolah Kebangsaan Batu Kawan telah dipilih sebagai sekolah tuan rumah yang mengelolakan pertandingan tersebut.

SKJ telah berjaya menjadi naib johan kumpulan B dalam saingan peringkat kumpulan yang bermain secara liga. Namun pasukan sekolah sekadar sampai di peringkat suku akhir apabila tewas tipis 2-1 kepada sekolah tuan rumah di padang SK Tasek Permai baru-baru ini.

Cuaca yang tidak menentu dan keadaan padang yang becak menyukarkan pasukan sekolah untuk menunjukkan persembahan permainan yang terbaik kali ini. Walaupun begitu, patut dipuji kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh mereka sehingga mencapai pada peringkat suku akhir. Tahniah kepada pasukan sekolah! teruskan usaha pada tahun-tahun yang akan datang.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates