[close]

Khamis, 9 Februari 2012

PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW MSSPP 12TKB, 2012

Pertandingan sepak takraw MSSPP 12TKB peringkat daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung dari 8 - 10 Februari di SMK Mutiara Impian. Sekolah tuan rumah pada tahun ini adalah SK Sg. Acheh. Pertandingan diadakan dalam 2 kategori iaitu berkumpulan dan juga regu.

Walaupun SK Jawi kecundang pada peringkat saingan awal lagi namun harus dipuji semangat yang telah ditunjukkan oleh semua pemain sekolah yang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan. Pada tahun ini, SK Sg. Acheh telah menjadi johan daerah pertandingan ini setelah menewaskan SK Sg. Duri dalam perlawanan yang agak sengit pada hari yang kedua pertandingan tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates