[close]

Ahad, 27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H DARI SK JAWI



Selamat menyambut Awal Muharram 1433H kepada semua umat Islam 1 dunia termasuk pembaca-pembaca setia blog rasmi Sekolah Kebangsaan Jawi. Tahun 1432 Hijrah telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis, kejayaan dan kegagalan, serta bermacam-macam jenis pengalaman yang telah kita lalui sepanjang kita hidup sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, jutaan rasa syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita semua.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam sepertimana yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan dipersetujui oleh para sahabat ketika itu. Ianya merupakan suatu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam dan telah dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates