[close]

Jumaat, 9 September 2011

MAJLIS MOHON RESTU @ UPSR 2011

Pagi tadi SKJ telah mengadakan majlis Mohon Restu untuk pelajar-pelajar UPSR. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Yaasin dan solat hajat bagi murid-murid dan guru Islam (di dewan Ar-Razi), manakala bagi murid dan guru bukan Islam, majlis kerohanian dilaksanakan mengikut agama di dalam kelas yang telah ditetapkan.

Antara tentatif lain dalam majlis Mohon Restu ini termasuklah bacaan doa oleh Ustaz Che Khairuddin b. Che Hassan, ucapan Tn.Hj.Ibrahim b. Zainal (Guru Besar SKJ), ucapan Pn. Inson bt. Mansor (PK1), dan ucapan Pn. Zahratul Akmal bt. Yahaya (Guru Penyelaras Tahun 6,2011) serta tayangan klip video motivasi berkaitan cara untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran yang amat sesuai bagi tontonan bakal-bakal calon UPSR 2011 ini nanti. Majlis ini diakhiri dengan aktiviti bersalam-salaman antara guru dan murid.

Lagi gambar majlis Mohon Restu di sini





0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates