[close]

Ahad, 19 Jun 2011

SERONOKNYA RONDA KE CAMERON HIGHLANDS



















Lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands semalam telah meninggalkan seribu pengalaman kepada 80 orang peserta di kalangan murid SK.Jawi dari tahun 3 hingga tahun 4. Program yang dianjurkan oleh Panitia PSV SK.Jawi ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Lawatan sambil belajar 'Seronoknya Ronda' ini adalah kali kedua dilaksanakan sehingga tahun ini dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada murid SK.Jawi.

Program sehari suntuk ini bermula seawal 5:30 pagi lagi sebelum kembali tiba di SK.Jawi semula pada pukul 8:00 malam. Taman Agro Teknologi MARDI adalah tempat pertama yang telah dikunjungi sebelum beredar ke Kampung Raja untuk membeli belah barang dan cenderahati keluaran Cameron Highlands. Walaupun kesuntukan masa untuk melawat ke tempat menarik lain yang ada di sana, namun program ini berjaya memberi kepuasan dalam hati setiap peserta lawatan sebelum bertolak pulang kira-kira pukul 5:30 petang.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bes ltak amaraa di

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates