[close]

Selasa, 7 Jun 2011

SELAMAT BERCUTI!



Kini musim cuti sekolah hanya tinggal tidak kurang dari 5 hari sahaja lagi. Pada kebiasaannya murid-muridlah orang yang paling gembira apabila sekolah bercuti kerana mereka tidak perlu datang ke sekolah malah dapat berehat dan menjalankan aktiviti lain di rumah.

Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka melancong atau pergi berkelah (makan angin) sebagai memenuhi aktiviti musim cuti.

Namun tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM lakukanlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah musim cuti ini. Jangan anggap sekolah cuti, belajar pun cuti! Apa yang penting aturkan aktiviti itu dengan sebaik mungkin agar kita tidak membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak menggunakan masa yang bijak untuk belajar di masa cuti ini. Ibu bapa juga harus menjadi “teman” ketika anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. Namun tidak semua ibu bapa dapat bersama sepenuhnya dengan anak mereka, mungkin ada yang kerja dan sebagainya. Walaupun begitu, luangkanlah sedikit masa demi kecemerlangan anak-anak kita.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates