[close]

Jumaat, 8 April 2011

BAZAR BUKU PULAU PINANG 2011





Buat kali kedua Bazar Buku Pulau Pinang berlangsung di Dewan Milenium Kepala Batas di bawah anjuran BTPN Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang,PPD Utara, Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, Persatuan PSS Pulau Pinang dan Syarikat Adam yang dahulunya dikenali sebagai Pesta Buku Pulau Pinang.

Majlis perasmian Bazar Buku Pulau Pinang 2011 ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Reezal Merican b. Naina Merican-Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Pelbagai acara dan aktiviti telah disusun seperti jualan buku, Pertandingan Imitasi Kulit Buku, Pertandingan Pidato Spontan untuk pelajar sekolah menengah. Begitu juga, Pertandingan Bicara Buku dan Pertandingan Bercerita bagi murid sekolah rendah.

Kepada semua ibu bapa dan warga SK Jawi dijemput hadir ke sana bagi memeriahkan lagi Bazar Buku Pulau Pinang yang masih berlangsung sehingga 10 April ini.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates