[close]

Isnin, 28 Mac 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010/2011







Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 berjaya dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. Walaupun kehadiran ibu bapa dan waris pada hari tersebut kurang memuaskan berkemungkinan cuaca hujan yang agak lebat namun perjalanan mesyuarat berjalan seperti biasa dan lancar.

Pihak sekolah dan PIBG ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB. Dato' Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang sudi meluangkan masa di dalam aturcara program ini seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Jawi kali ke-16. Dalam ucapan perasmian, beliau meminta semua ibu bapa dan waris supaya berusaha meningkatkan kualiti hidup keluarga bagi menjamin kejayaan pelajaran anak-anak di sekolah. Beliau juga turut menasihati ibu bapa agar tidak berputus asa untuk mencari rezeki bagi memberi dan menyediakan kemudahan belajar untuk anak-anak ke sekolah.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.30 tgh selepas AJK PIBG bagi sesi 2011/2012 yang baru dilantik dengan rasminya. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik untuk menggalas tugas yang akan diberikan. Kehadiran muka-muka baru dalam AJK PIBG bagi sesi kali ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengurusan dan pentadbiran PIBG SK Jawi pada masa-masa akan datang.

Lagi gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 di sini atau di facebook.com

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates