[close]

Jumaat, 4 Mac 2011

JUARA BOLASEPAK MSSPP 12TKB 2011



Walaupun mendapat kemenangan tipis 3-1 kepada SK Seri Tasek dalam perlawanan akhir namun berjaya menobatkan pasukan bolasepak SK Jawi sebagai juara Pertandingan Bolasepak MSSPP 12TKB 2011 bagi zon Nibong Tebal baru-baru ini. Sebanyak 20 buah sekolah di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bertanding dalam pertandingan tersebut bagi merebut kejuaraan paling tinggi di dalam sukan bolasepak di peringkat sekolah rendah.

Pasukan SK Jawi telah berhadapan dengan SK Sg Kechil, SK Methodist, SJK(T) Ldg Changkat dan SK Sg Duri di peringkat awal saingan kumpulan. Kejayaan pasukan SK Jawi menjadi johan kumpulan C telah melayakkan mereka untuk terus bersaing ke peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan SK Tasek Permai. Kemenangan terus dikuasai oleh pasukan sekolah apabila menang besar 6-1 ke atas SK Tasek Permai juga bekas juara Pertandingan Bolasepak MSSPP 11TKB tahun lepas.

Saingan diteruskan lagi ke peringkat separuh akhir dengan bertemu pasukan SK Taman Merak. Kapten pasukan SK Jawi, adik Mustaffa Ameer bin Mohamad Fuad bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kemenangan 3-2 di saingan separuh akhir itu apabila kedua-dua pasukan sekolah terikat seri di masa tambahan. Pengurus pasukan SK Jawi, En. Zainuddin bin Yusoff sangat berbangga dengan kegigihan dan kesungguhan anak-anak didiknya itu dan telah bersiap sedia untuk pemilihan pemain ke peringkat negeri tidak lama lagi.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

jawi juara

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates