[close]

Khamis, 16 September 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

Jika sebelum ini kita sudah menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53 bukan? Pastinya anda, rakyat Malaysia, tahu negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957. Tetapi tahukah anda? Pada tarikh tersebut, Malaysia masih belum wujud lagi. Kemerdekaan dicapai ketika itu hanya untuk Semenanjung Tanah Melayu di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

Negara kita wujud dibawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates