[close]

Isnin, 5 Julai 2010

HARI KOKURIKULUM

Syoknya tengok wayang "Toy Stories Three"
Main kerum pun syok juga ni, tapi... bolehke menang!
Wow! ramainya makcik-makcik dok intai peraga pakaian beragam.
Lepaih ni boleh la buka gerai jual air kat mana-mana...
Yang ni pula berebut-rebut nak beli key chain bola,demam bola katakan...

3 Julai, 2010 - Hari Ko-kurikulum yang diadakan pada hari ini, Sabtu , mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh warga SK Jawi dan para ibu bapa murid-murid. Seawal jam 8.00 pagi kelihatan guru-guru dan murid SK Jawi mula sibuk mengatur barang-barang yang hendak dijual.Sebanyak 14 buah gerai telah disediakan untuk kelab dan persatuan sekolah ini menjalankan perniagaan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Pertunjukan wayang gambar dan rumah hantu juga ada. Bagi yang gemar menunggang kuda, ada disediakan beberapa ekor kuda untuk ditunggangi dengan bayaran RM 2.00 (KOPON) Pameran Agensi Polis dan Dadah juga terlibat.Bagi yang gemar bermain, disediakan permainan congkak, kerum,lontar bola dan lai-lain.
Pertandingan mewarna keluarga juga diadakan dan pertunjukkan fesyen pakaian beragam.Kesemua makanan yang dijual habis dibeli oleh pengunjung. Kebanyakan gerai jualan ditutup awal kerana kehabisan jualan. Jam 2 petang perkarangan SK Jawi kembali sepi.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates