[close]

Isnin, 24 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


Guru Besar menerima cenderahati daripada AJK PIBG SK Jawi.


Antara aktiviti yang dijalankan, pertandingan mewarna untuk murid-murid,pertandingan bola baling antara murid dan guru serta sukaneka.































24 Mei 2010 -Hari Guru Peringkat Sekolah telah disambut dengan meriahnya hari ini. Majlis telah bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Pelbagai acara telah di persembahkan pada hari itu.

Pada jam 8 pagi perhimpunan telah diadakan, bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Faisal dan diikuti oleh bacaan ikrar guruyang diketuai oleh Tn. Hj Ibrahim Bin Zainal selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jawi. Nyanyian 'Lagu Guru Malaysia' dinyanyikan dengan penuh semangat dan diikuti oleh nyanyian lagu tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Selepas rehat acara diteruskan dengan permainan sukaneka oleh guru-guru SKJ dengan 3 jenis permainan. Selepas itu untuk murid-murid diteruskan dengan acara pertandingan mewarna untuk semua tahun. Acara klimak, diteruskan iaitu acara bertukar-tukar hadiah di antara guru-guru serta staf bukan guru SKJ. Suasana berlangsung dengan meriah dan sedikit kelam dengan suara-suara nyaring murid-murid bersorak.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates