[close]

Jumaat, 28 Mei 2010

PROGRAM ICT DI J M T I




Murid-murid begitu teruja apabila berada di kompleks JMTI.




Murid-murid berpeluang mempelajari teknologi ICT di JMTI.











26 & 27 MEI, 2010 - Seramai 80 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 serta 6 orang guru pengiring berpeluang berkunjung ke Jepun Malaysia Teknikal Insttitut (JMTI) dekat Bukit Minyak sambil mempelajari teknologi maklumat berkaitan Pendedahan ICT, Microsoft Excell dan Microsoft Power Point .

Bas dari JMTI menjemput pelajar pada jam 8.30 pagi dan menghantar balik pada jam 1.00 tengahari. Dengan adanya kunjungan tersebut murid-murid berpeluang mendapat sedikit pendedahan tentang pusat pengajian yang memberi peluang kepada mereka apabila tamat persekolahan nanti serta mendapat ilmu tentang ICT dari tenaga pengajar Pusat Pengajian di JMTI tersebut. Ini merupakan salah satu Program ICT yang dijalankan pada tahun ini yang dikendalikan oleh Pn. Rohani Binti Osman iaitu guru penyelaras ICT sekolah.

1 comments:

Anonymous berkata...

syoknya berjalan...kat mana ni? penang ke?

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates