[close]

Rabu, 21 April 2010

TREK LALUAN MERENTAS DESA 2010

Seperti yang dimaklumkan, Kejohanan Merentas Desa SK Jawi akan diadakan pada 30.04.2010 (Jumaat). Gambarajah di atas adalah gambaran trek sebenar yang bakal ditempuhi oleh semua murid pada hari tersebut.

Terdapat dua laluan yang berbeza jaraknya iaitu laluan untuk murid tahap 1 dan murid tahap 2. Mengikut gambarajah di atas, kesemua murid akan memulakan larian dari pintu pagar sisi sekolah. Mereka akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat dan akan diekori oleh guru serta anggota PDRM sehingga tamat larian. Laluan kebanyakannya di sekitar Taman Jawi Jaya dan akan dipantau oleh guru bertugas di 'check point' yang telah ditetapkan.

Semoga perjalanan program sekolah ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates