[close]

Sabtu, 3 April 2010

SATU PELAJAR SATU SUKAN

SATU Pelajar Satu Sukan...Mungkin itulah tema paling sesuai menggambarkan hasrat Kementerian Pelajaran yang mahu mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.

Laporan akhbar menyatakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pelajar sekolah rendah dan menengah wajib menyertai satu jenis sukan.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak mereka.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan sudah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.

“Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat sukan di peringkat akar umbi,” katanya. (MYMetro 22/03/2010)

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates