[close]

Rabu, 28 April 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIK R21







24 April 2010- SK Jawi sekali lagi mengungguli dalam beberapa kategori yang telah dipertandingkan pada Karnival Kokurikulum Akademik peringkat daerah baru-baru ini di SK Saujana Indah. SK Jawi muncul johan dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan bercerita Bahasa Inggeris Tahap 2.

Sementara bercerita Bahasa Melayu Tahap 2, SK Jawi mendapat tempat ketiga. Dalam pertandingan pidato pula, Nor Izzah Diyana juga muncul sebagai Johan. Nurin Fariha, murid tahun 3 SK Jawi mewakili pertandingan bercerita tahap 1 merupakan murid yang sangat berbakat walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan manakala Nuha Atina dan Siti Nurkamilia telahpun menyertai beberapa pertandingan bercerita sebelum ini. Nor Izzah Diyana pula pernah mewakili Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pidato MKJR dan berjaya menjadi Johan Kebangsaan.

Walaupun dalam kategori Public Speaking dan Chorus Speaking SK Jawi tidak mendapat 3 tangga teratas namun pengalaman yang diperolehi dalam karnival kali ini sedikit sebanyak telah memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk berusaha dengan gigih lagi bagi mencipta kejayaan pada tahun-tahun yang akan datang.

Tahniah kepada semua peserta dan juga guru-guru pembimbing iaitu Pn. Rodziah bt Ibrahim, Pn. Suganthi a/p Nallathambi, Pn. Nor Azimah bt. Aziz, Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya dan lain-lain. Semua peserta yang menjadi johan akan bertanding di peringkat Negeri. Semoga berjaya ke kebangsaan pula.


0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates