[close]

Khamis, 22 April 2010

'SPOT CHECK'!

Unit Disiplin di bawah JK HEM sekolah telah mengadakan satu 'spot check' mengejut di setiap kelas hari ini. 'Spot check' ini telah diketuai oleh guru disiplin sekolah, En Zainuddin bin Yusoff bersama-sama dua guru lain untuk membuat pemantauan disiplin murid SK Jawi.

Daripada hasil 'spot check' yang telah dijalankan, didapati ramai murid mendandan rambut dengan pelbagai fesyen yang menyalahi peraturan sekolah. Tidak kurang juga, ada murid yang berambut panjang serta tidak memakai stokin ke sekolah.

Terdapat juga barang-barang yang dirampas iaitu tidak kurang 90 getah pemadam pensel yang menjadi trend permainan murid-murid di SK Jawi semasa berada di dalam kelas. Kesemua murid yang telah melanggar peraturan sekolah ini telah diberi nasihat agar tidak mengulangi lagi masalah yang sama pada masa-masa hadapan.

Harapan agar SK Jawi akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin tinggi dan disanjung walau di mana mereka berada.


0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates