[close]

Sabtu, 26 Julai 2008

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN KE-2 BERSAMA BOMBA


Latihan Kawad Kebakaran yang ke-2 telah dijalankan pada 24 Julai yang lalu.Kali ini SK Jawi sangat bertuah kerana dapat membuat latihan bersama-sama anggota Bomba Penyelamat dari Balai Bomba Nibong Tebal dalam sesi pengungsian bangunan. Walaupun murid dan staf sekolah mengambil masa 3 minit 40 saat (sepatutnya kurang dari 3 minit) untuk berada di kawasan selamat namun pihak Bomba Penyelamat memberi pujian kerana masa yang diambil boleh dikatakan singkat. Walaupun begitu, ada beberapa lagi teguran yang boleh diperbaiki di lain masa contohnya cara bergerak ke padang mengikut laluan yang ditetapkan dan masih ada kelas yang tidak memadamkan suis sebelum keluar kelas.

Setelah mendengar taklimat ringkas mengenai komen latihan tersebut, pihak Bomba Penyelamat telah memberi kesempatan kepada murid-murid melihat demonstrasi memadamkan api menggunakan pemadam api. Beberapa orang murid dan guru mengambil peluang menggunakan alat pemadam tersebut dengan cara yang betul.










0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates