[close]

Selasa, 15 Julai 2008

KARNIVAL MEMANCING 2008



Baru-baru ini, SK Jawi bersama-sama PIBG sekolah telah menganjurkan Karnival Memancing 2008. Pertandingan terbuka kepada awam dan penyertaan agak menggalakkan. Karnival yang bertempat di Kolam Rekreasi USM Transkrian berlangsung seawal pukul 8.30 pagi lagi. Antara ikan-ikan yang telah dilepaskan ke dalam kolam tersebut termasuklah ikan pacu, ikan patin, ikan ubi dan beberapa jenis yang lain.

Karnival juga disisipkan dengan aktiviti sampingan iaitu Pertandingan Mewarna Berkeluarga yang mana ahli keluarga akan bersama-sama mewarna dengan anak-anak mereka bagi menyerikan lagi karnival pada hari itu. Walaupun agak meletihkan tetapi program yang dirancang berjalan lancar dan teratur.






0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates