[close]

Isnin, 23 Jun 2008

LDP KETIGA KE NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN


Seramai 32 ahli rombongan yang terdiri daripada warga kerja SK Jawi bertolak menaiki bas seawal 7:00 pagi bagi mengikuti LDP ketiga ke negeri Perlis Indera Kayangan. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Guru Besar SK Jawi sendiri, Hj. Ibrahim bin Zainal telah berpeluang melawat ke Sekolah Kebangsaan Santan yang telah dicalonkan sebagai PSS cemerlang peringkat negeri Perlis........

Kehadiran rombongan kami telah disambut dengan persembahan silat dan iringan alat muzik tradisional negeri Perlis. Selepas menerima taklimat dan ucapan alu-aluan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Santan, kami telah dibawa melawat sekitar sekolah yang dipenuhi dengan keceriaan dan lukisan mural di setiap dinding bangunan sekolah. Kami juga sempat mengunjungi bilik-bilik PSS yang telah menaikkan nama sekolah tersebut sehingga ke peringkat kebangsaaan.

Setelah lama berada di Sekolah Kebangsaan Santan, rombongan meneruskan lagi perjalanan ke Padang Besar sebagai aktiviti sampingan lain sebelum bertolak pulang ke Jawi. Di sini lah warga SK Jawi berkesempatan membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang nanti. Hampir 3 jam berada di Bazaar Padang Besar, rombongan pun bertolak pulang. Mengikut tentatif yang telah dirancang sebelum ini, rombongan sebenarnya akan singgah sebentar di Pekan Rabu, Alor Setar namun disebabkan kekangan masa Tuan Guru Besar mencadangkan agar rombongan berhenti membasahkan tekak di sebuah restoran Cendol Pulut yang terletak di pekan Changlun (GB belanja...TQ TQ).

Rombongan selamat tiba di Jawi lebih kurang pukul 8:30 malam dengan hati yang amat gembira walaupun dalam keadaan keletihan.



0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates