[close]

Rabu, 21 Mei 2008

PETRONAS REV SQUAD SERANG SK JAWI!!

20 Mei - Sepasukan Petronas Rev Squad telah datang ke SK Jawi untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mahupun orang awam di sekitar Seberang Perai Selatan melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti sukan permotoran di Malaysia. Petronas Rev Squad yang terdiri daripada 5 orang itu didatangi bersama sebuah treler panjang yang dimuatkan dengan sebuah kereta F1 sebenar......

Kesemua murid SK Jawi berpeluang melihat pameran tersebut termasuklah menonton tayangan 3D, melihat kereta F1 dengan lebih dekat dan penerangan berkaitan bahagian-bahagian kereta F1. Murid juga tidak ketinggalan untuk cuba menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Rev Squad bagi mendapatkan cenderahati yang sangat menarik. Selain itu murid juga berkesempatan menggunakan laptop-laptop yang dipamerkan untuk menikmati program-program interaktif yang telah disediakan.

Pameran ini dibuka pada 20 Mei hingga 22 Mei dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang untuk semua sekolah dan orang awam di sekitar Seberang Perai Selatan. Kedatangan anda semua amat dialu-alukan.










0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR





ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates