[close]

Rabu, 14 November 2007

KEPUTUSAN UPSR 2007

Keputusan UPSR 2007 telah diumumkan pada 15 November 2007 iaitu pada hari ini.Setelah menanti lebih 2 bulan, kini tiba masanya murid-murid tahun 6 SK Jawi dapat melihat sejauh manakah pencapaian mereka dalam pelajaran sejak masuk ke bangku sekolah dahulu.

Namun begitu, Alhamdulillah... SK Jawi buat pertama kalinya mencapai satu peningkatan prestasi yang agak memberangsangkan apabila 20 orang murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A berbanding dengan tahun lepas iaitu seramai 13 orang.Kejayaan ini sedikit sebanyak telah mengharumkan nama sekolah dan guru-guru sebagai pendidik yang berjaya menghasilkan aset-aset yang berharga dari SK Jawi.Tahniah diucapkan kepada SK Jawi!

Ke manakah mereka yang berjaya selepas ini? Marilah kita sama mendoakan kejayaan mereka agar suatu masa nanti mereka akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

0 comments:

Catat Ulasan

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN


:: CATATAN POPULAR



ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates